Wednesday, December 1, 2010

Advice, advice and more advice

I got this `petua' from a forwarded, forwarded and forwarded e-mail that i lost the source from whom the e-mail originated. I'm sure whoever sent this e-mail wouldn't mind me sharing his/her advice on the blog. Nowadays we are too dependent on pills so why not try the traditional way. thank u for sharing  and compiling em'..


Petua

As age catching up, you will feel your body will react as well. I had a severe shoulder/back pain not only today but few months back. Felt so restless and my level of temper easily shoot to maximum. Some petuas which I got it from the net, lets check it out!!

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat.Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan.Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih.Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih.Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Mengempiskan Perut
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman.Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.Minum air setelah selesai makanSebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat.Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk.Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah

Menurunkan Berat Badan
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang.Lekap pada mata dan biarkan semalaman.Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis.Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman.Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang.Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan.Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas
Happy trying!!

8 comments:

  1. terima kasih aunty..
    atas petua ini..

    ReplyDelete